Home

AKADEMI DR AZIZUL AMAR

Mengenai Kami

Pertubuhan Latihan CPR 1Malaysia atau lebih dikenali sebagai CPR Malaysia adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftarkan dibawah Jabatan Pendaftar Pertubuhan pada Ogos 2016.

Pada 1 Januari 2021, CPR Malaysia telah melakukan penjenamaan semula atau rebranding. CPR Malaysia, kini dikenali sebagai AKADEMI DR AZIZUL AMAR.

Akademi Dr Azizul Amar merupakan sebuah institusi latihan yang menawarkan program secara online dan offline yang berkualiti kepada semua peringkat umur.

Ianya diasaskan dan dipengerusikan oleh Dr Azizul Amar Rahmat kerana ikrar dan janji yang telah dibuat oleh beliau. Beliau telah membuat ikrar dan berjanji untuk melatih sekurang-kurangnya seorang yang terlatih dengan ilmu CPR di setiap rumah.

Ikrar dan janji ini dibuat selepas beliau kehilangan ayah kandungnya sendiri yang meninggal dunia ditempat awam akibat serangan jantung.

Ketika kejadian tersebut, arwah ayah beliau jatuh rebah akibat serangan jantung di kawasan yang terdapat ramai orang. Orang awam yang berada di tempat kejadian mendapati arwah tidak sedar , tiada pernafasan dan tiada nadi.

Panggilan kecemasan di buat untuk memohon bantuan Ambulans. Malangnya ambulans  tidak mampu sampai dalam masa 4 minit dan walaupun terdapat ramai orang di tempat kejadian tetapi tiada sesiapa mampu memberi bantuan CPR.

Pada saat itu, Dr Azizul Amar telah berikrar dan berjanji pada diri sendiri untuk mulakan misi melatih 1 Rumah : 1 Terlatih CPR agar mereka boleh memberi tindakan awalan sekiranya kecemasan berlaku pada ahli keluarga sendiri.

  • Program Akademi Dr Azizul Amar

Akademi Dr Azizul Amar menawarkan pelbagai program secara Online dan Offline.

Kami menyokong penuh dan cuba untuk membudayakan konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) @ life long learning. Kami sentiasa mengalakkan semua lapisan masyarakat untuk mengikuti program kami tanpa mengira umur, bangsa, agama, jantina, lokasi serta latar belakang mereka.

Pada awalnya, program-program kami hanya dijalankan secara bersemuka di dalam bilik kuliah dan ini telah menghadkan jumlah penyertaan kerana pelbagai faktor.

Kini, kami telah mengorak selangkah lagi dengan menawarkan program-program secara atas talian @ Online. Sambutan secara tidak langsung ianya telah berjaya mendapat penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Pada peringkat awalnya, program online kami dijalankan menggunakan Facebook Live. Selepas mendapat banyak maklum balas daripada peserta kini kami telah menjalankan program online menggunakan aplikasi Zoom Meeting.

Penambah baikkan sering kali dibuat untuk memastikan mutu pembelajaran dapat tingkatkan dari masa ke semasa.

  • Pejabat Operasi & Pusat latihan

Akademi Dr Azizul Amar

No 41A, Jalan Badminton 13/29, Tadisma Business Park, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. 

PELAJARI TEKNIK BANTUAN MENYELAMAT UNTUK MANGSA SERANGAN JANTUNG, MANGSA LEMAS, MANGSA KEJUTAN ELEKTRIK, BAYI TERSEDAK SUSU

Sertai Kelas CPR & Pertolongan Cemas secara Online.

Sesi Online ini akan diadakan melalui ZOOM Meeting dan anda mampu

menyelamatkan nyawa insan tersayang.