Pengasas

DR AZIZUL AMAR BIN RAHMAT adalah Pengasas & Pengerusi Akademi Dr Azizul Amar yang sebelum ini dikenali sebagai Pertubuhan Latihan CPR Malaysia.

Beliau merupakan seorang Jurulatih Pertolongan Cemas & CPR yang bertauliah.

Beliau juga merupakan penceramah yang diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia dibawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad  (TTT/7395).

Dilantik sebagai CPR Ambassador untuk Lincoln University College bagi mempromosikan kepentingan CPR kepada masyarakat.

Memperolehi Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Pengurusan daripada Lincoln University College dan Doctorate dalam Pengurusan (DMgmt) daripada European International University, Paris.

Pada tahun 2005, beliau bermula sebagai seorang penceramah dan pakar motivasi untuk program kepimpinan serta program transformasi diri. Kemudiannya memberi fokus kepada program Pertolongan Cemas dan CPR sehingga tertubuhnya Pertubuhan Latihan CPR 1Malaysia.

Beliau mula beralih daripada program motivasi dan memberi tumpuan kepada melatih peserta dalam ilmu CPR selepas kejadian yang menimpa ayah kandungnya. Pada 1 Januari 2009, ayah beliau telah  rebah di tempat awam kerana serangan jantung lalu meninggal dunia kerana orang awam yang berada di tempat kejadian tidak terlatih untuk menerima bantuan awalan. Kejadian tersebut telah banyak memberi kesan serta kesedaran pada diri beliau.

Selepas kejadian tersebut, beliau telah berikrar untuk melatih rakyat Malaysia  daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira umur, agama, atau latar belakang dengan ilmu Pertolongan Cemas dan CPR dengan matlamat 1 Rumah : 1 Terlatih CPR.

Beliau merupakan Jurulatih yang bertauliah daripada beberapa badan yang diiktiraf dalam dan luar negara seperti National CPR Foundation, American Heart Association, Lincoln University College, Pertubuhan Latihan CPR Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Pertubuhan Pertolongan Cemas Malaysia.

%d bloggers like this: